SEJARAH Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) mula ditubuhkan pada tahun 1971. Pada asalnya ia dikenali dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (BPSP). Ia bertujuan untuk memberi perkhidmatan pendidikan yang berasaskansiaran radio, perkhidmatan alat pandang dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah.
Pada 8 Februari 1988, BPSP telah ditukarkan namanya kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah. Pada tahun 1996, Pusat Sumber Pendidikan Negeri(PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru(PKG) diletakkan di bawah pentadbiran BTP dengan jumlah perjawatan keseluruhan sebanyak 2598 perjawatan. Pada tahun 2007 nama PSPN telah ditukarkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN). Tujuan penukaran namanya adalah untuk menaikkan taraf organisasi tersebut sebagai satu saluran penghubung antara BTP dengan sekolah dalam usaha meningkatkan penggunaan teknologi pendidikandi sekolah-sekolah. Mulai tahun 2002 BTP, BTPN dan PKG diberi tanggungjawab untuk mengurus, memantau dan menilai pelaksanaan Projek Rintis Sekolah Bestariyang melibatkan 88 sekolah rintis di seluruhMalaysia. Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafanMS ISO 9001:2000Quality Management Systems-Requirements.Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki.